~ FOLLOW ME ~

Selasa, 1 Mac 2011

GIGIH...CARI TIPS HILANGKAN JERAWAT

Rajin betul alyn cari info pasal nak hilangkan jerawat..ye la muka alyn x pernah ada banyak jerawat..klu setakat 1 bijik 2 bijik bile nak cik "P" nak datang tu ada la..jom alyn share tips nak hilangkan jerawat dogilll nie..

1) Cuci Muka 2 Kali Sehari 
 Mencuci muka dapat membantu membersihkan wajah dari berminyak, kalau kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Tapi ingat, jangan mencuci wajah  pada hari panas dan menggosok wajah secara berlebihan, karana akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang menyebabkan masalah kulit pada wajah.
Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun / pembersih wajah


2) Jangan Mengunakan Kosmetik Berminyak
Secara am wajah kita akan menghasilkan minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi hindarilah dari menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi bakteria  punca  jerawat untuk bermaharaja lela di wajah kita.

3) Makan Sayur - Sayuran & Buah- Buahan
 Makanan sangat berpengaruh terhadap munculnya jerawat, utamakan makanan yang memiliki kandungan serat tinggi. Selain itu perlu juga untuk menambahkan buah-buahan yang mengandungi antioksida seperti epal & tomato.

4)Protien Yang Cukup
Hendaklah memilih makanan yang mengandungi protein yang cukup seperti tempe dan tahu. Mengapa tempe dan tahu, kerana tempe dan tahu mengandungi estrogen, iaitu  hormon yang berfungsi untuk menghaluskan kulit, menghilangkan jerawat dan mencegah kanser prostate. Hindari makanan berlomak dan berminyak.

5) Minum Air Masak 2 Liter Sehari
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimum 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu segar dan sihat.

6) Waktu Tidur Yang Teratur & Mencukupi
Kulit juga sama seperti kita, mahukan istirehat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur, kerana saat kita tidur, kulit akan membuang segala kekotoran yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.

Ha3..so alyn pe lagi, sile amalkan tips kat atas nie yer, jangan pandai nak bagi info jer..

Tiada ulasan: