~ FOLLOW ME ~

Selasa, 15 Mac 2011

BOTOL SUSU HARAM??

Assalammualaikum...hrmm pagi-pagi buka kosmo online alyn dah nampak artikel pasal botol susu, terutama kaum ibu sila la alert pasal benda nie..sebenarnya benda nie dah lama, tapi kerajaan baru memutuskan botol susu yang mengandungi "BPA" nie haram.Kat pasaran sekarang pun dah banyak jual botol susu yang
"BPA FREE".Macam alyn guna brand AVENT untuk my prince I & II..sejak dulu hingga kini..(.he3 penguna tegar )dulu pernah jugak orang cakap pakai botol susu mahal nak menunjuk la..sebenarnya bukan kita nak menunjuk..kita cuma nak mencegah anak-anak dari risiko bahan kimia yang ada dalam botol susu biasa..itu saje :)


PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
"Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

2 ulasan:

Ila berkata...

sib baik dah lama guna bpa ni..tp brand pureen jelah

Lyana@Mely berkata...

i ade banyak botol susu ni(dapat hamper org bagi kan)..tapi kadang2 jek gune kalo botol susu anak2 ilang celah2 mane...